aassoc
Tadika Anak-Anak Soleh Solehah
SESI PENGAJIAN 2014/2015
Wednesday, October 23, 2013
Sunday, April 18, 2010
Wednesday, April 7, 2010
Tuesday, April 6, 2010
AL-QURAN DENGAN MENYERTAI KELAS-KELAS BERIKUT
Mari ketahuilah cara-cara untuk membaca al-Quran dengan betul bersama Halaqah al-Furqan atau Kelas Tilawah al-Quran. Secara ringkasnya: kursus ini mudah + usaha + yakin + sijil + pakej percuma yang mantap = berjaya. Ramai yang sudah berjaya dengan kaedah ini. Anda bagaimana? (GURU TERLATIH)
1. PERINGKAT ASAS "Kelas Al-Furqan":
Peringkat Asas Tilawah dan Tajwid (Iqra’):
108 jam / 20 minggu satu tempoh pengajian (enam bulan). Dewasa & Kanak-kanak
Melihat silibus pengajian sila klik DI SINI
2. PERINGKAT TAJWID AL-QURAN RASM ‘UTHMANI:
PeringkatPertengahan Tilawah dan Tajwid (Kemahiran): 40 jam / 20 minggu satu tempoh pengajian (lima bulan)
Melihat silibus pengajian sila klik DI SINI
3. PERINGKAT "Kelas Al-Furqan" TAFSIR:
Peringkat Tilawah & Tafsir: 40 jam / 20 minggu satu tempoh pengajian (lima bulan)
OBJEKTIF
Membentuk masyarakat ibadurahman yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Menyuburkan al-Quran sebagai satu syiar Islam yang amat suci supaya terus terpelihara.
Membudayakan warga kota/desa agar dapat meluangkan masa belajar membaca Al Quran, mempelajari ilmu tajwid dan tafsir.
Memupuk individu muslim mendampingi Al-Quran dan menjadikannya sebagai teman dalam kehidupan.
Memantapkan semangat persaudaraan masyarakat setempat melalui pembacaan al-Quran.
SIAPA YANG PATUT MENYERTAINYA
(SIJIL PENYERTAAN AKAN DIBERIKAN)
TENAGA PENGENDALI
KAPASITI KELAS
KELAYAKAN PENYERTAAN
Muslimin dan Muslimat yang berumur 7 tahun ke atas layak mengikuti kursus ini. Mereka yang di bawah umur tersebut mestilah merujuk kepada Penyelaras Kursus jika ingin menyertai kursus ini.
Boleh membaca, menulis dan memahami Bahasa Malaysia dengan baik kerana kelas dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.
Sedia mengikuti silibus dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penyelaras HAF.
Bagi peringkat Asas, anda mestilah sekurang boleh mengenal huruf-huruf Bahasa Arab.
Bagi peringkat Tajwid, anda mestilah sekurang boleh membaca al-Quran dengan lancar tanpa sebarang kesilapan tajwid.
Penyertaan kursus adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh BAHAGIAN HAL EHWAL PENYELARAS KELAS BIMBINGAN AL-QURAN, Halaqah Al-Furqan. Pengambilan peserta baru adalah tidak terhad untuk semua peringkat, terutamanya pada Peringkat Asas, bagi peringkat-peringkat lain peserta yang berminat diharapkan dapat mengisi borang penilaian diri yang disediakan terlebih dahulu. Ujian akan diadakan pada akhir setiap penghujung program ini adalah untuk memastikan peserta yang layak ke peringkat seterusnya. Peserta yang gagal akan dikehendaki mengulang peringkat terdahulu. Peserta lama dikehendaki menulis nama guru kelas mereka.
Pembayaran sebanyak (RM 150 untuk Peringkat Asas Tilawah dan Tajwid - iqra’), (RM230 Peringkat Pertengahan Tilawah dan Tajwid) dan juga (RM230 Peringkat Tilawah & Tafsir) untuk semua kursus di atas mesti dibuat di mana-mana cawangan/Online MAYBANK2U atas nama: MUHAMAD FAZIL AHMAD (Penyelaras Program), Nombor akaun: 162405060848.
Sila tuliskan nama dan no. kad pengenalan dibelakang slip bank tersebut dan hantarkan penyertaan anda bersertakan sampul surat putih bersetem 30sen dan beralamat sendiri. (Anda akan dihubungi melalui email, pos atau telefon).
Permohonan yang tidak lengkap dan tanpa bukti pembayaran tidak akan dilayan dan wang tidak akan dikembalikan. Borang yang lengkap berserta yuran mestilah sampai sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan (PADA IKLAN SETIAP SESI PENGAMBILAN PESERTA) kepada: -
BAHAGIAN HAL EHWAL PENYELARAS
KELAS BIMBINGAN AL-QURAN
Halaqah Al-Furqan,
Blok B, Suite 3-2-3,
Taman Desa Petaling,
Kuala Lumpur Malaysia.