aassoc

aassoc

Tadika Anak-Anak Soleh Solehah

Tadika Anak-Anak Soleh Solehah
Tadika Anak-Anak Soleh Solehah

Kelas Al-Quran (Opening Soon)

Kelas Al-Quran (Opening Soon)
Halaqah

SESI PENGAJIAN 2014/2015

BORANG PERMOHONAN PENYERTAAN
NAMA:
EMAIL:
ALAMAT:
NO. TEL: (rumah)
NO. TEL:(pejabat)
TEL. BIMBIT:
NO. FAX
PERINGKAT YANG AKAN DISERTAI:
PILIHAN KHUSUS UNTUK ANDA Peringkat Asas Tilawah dan Tajwid (iqra’):
PILIHAN KHUSUS UNTUK ANDA Peringkat Pertengahan Tilawah dan Tajwid (Kemahiran)
TANDAKAN LOKASI PILIHAN:
KETERANGAN/CADANGAN:
Tarikh: DD/MM/YYYY

Form provided by Freedback.
* KELAS BERTEMPAT DI DESA PETALING

Wednesday, October 23, 2013

Sunday, April 18, 2010

Tuesday, April 6, 2010

SESI KEMASUKAN BERMULA PADA 1 JUN 2010

MARILAH BERSAMA MENINGKATKAN MUTU BACAAN
AL-QURAN DENGAN MENYERTAI KELAS-KELAS BERIKUT


Mari ketahuilah cara-cara untuk membaca al-Quran dengan betul bersama Halaqah al-Furqan atau Kelas Tilawah al-Quran. Secara ringkasnya: kursus ini mudah + usaha + yakin + sijil + pakej percuma yang mantap = berjaya. Ramai yang sudah berjaya dengan kaedah ini. Anda bagaimana? (GURU TERLATIH)

1. PERINGKAT ASAS "­­­­­­­­­­­­­Kelas Al-Furqan":
Peringkat Asas Tilawah dan Tajwid (Iqra’):
108 jam / 20 minggu satu tempoh pengajian (enam bulan). Dewasa & Kanak-kanak
(GURU TERLATIH)

Melihat silibus pengajian sila klik DI SINI

2. PERINGKAT TAJWID AL-QURAN RASM ‘UTHMANI:
PeringkatPertengahan Tilawah dan Tajwid (Kemahiran): 40 jam / 20 minggu satu tempoh pengajian (lima bulan)
(GURU TERLATIH)

Melihat silibus pengajian sila klik DI SINI

3. PERINGKAT "­­­­­­­­­­­­­Kelas Al-Furqan" TAFSIR:
Peringkat Tilawah & Tafsir: 40 jam / 20 minggu satu tempoh pengajian (lima bulan)
(GURU TERLATIH)

Melihat silibus pengajian sila klik DI SINI

OBJEKTIF

Membentuk masyarakat ibadurahman yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Menyuburkan al-Quran sebagai satu syiar Islam yang amat suci supaya terus terpelihara.

Membudayakan warga kota/desa agar dapat meluangkan masa belajar membaca Al Quran, mempelajari ilmu tajwid dan tafsir.

Memupuk individu muslim mendampingi Al-Quran dan menjadikannya sebagai teman dalam kehidupan.

Memantapkan semangat persaudaraan masyarakat setempat melalui pembacaan al-Quran.

SIAPA YANG PATUT MENYERTAINYA

Lazimnya kulliyyah ini dikendalikan dengan kehadiran mereka yang benar-benar cintakan Al-Quran dan mahu memajukan diri dalam pembacaan al-Quran.
(SIJIL PENYERTAAN AKAN DIBERIKAN)

TENAGA PENGENDALI

Tenaga pengajar ataupun jurulatih yang mengendalikan program "­­­­­­­­­­­­­Halaqah Al-Furqan" dipantau oleh Penasihat Utama (Ustaz Dr. Muhamad Fazil Ahmad) Pengajian Ilmu Wahyu dan PhD. dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mahir dalam pengajian al-quran serta dilantik oleh pihak penganjur, manakala pengendali kulliyyah-kulliyyah undangan dan jurulatih-jurulatih/fasilitator-fasilitator yang merupakan mereka yang mahir dalam bidang masing-masing, mereka ini memang berbakat besar dan berpengalaman dalam mengendalikan program-program pengajian al-quran di peringkat universiti terutamanya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Mereka ini juga akan dibantu oleh seorang lagi pakar "Kulliyyah Al-Furqan" yang telah bersama-sama dengan pihak penganjur selama beberapa tahun dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini. Kursus Tilawah Al-Quran ini juga dipimpin oleh guru-guru yang berpengalaman dan berkelayakan dalam ilmu Tajwid, Tilawah dan Tafsir dari kalangan para pelajar dan bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa.

KAPASITI KELAS

Bagi satu-satu kelas pengajian, peserta dihadkan seramai 15 ke 30 orang sahaja. Ini adalah untuk memberi peluang kepada semua peserta (dalam satu-satu kelas itu) dapat mencuba bacaan mereka dan dapat pula diperbetulkan bacaan mereka oleh guru. Jumlah ini telah pun disesuaikan dengan masa yang diperuntukkan iaitu 2 jam setiap kali menghadiri kelas.

KELAYAKAN PENYERTAAN

Muslimin dan Muslimat yang berumur 7 tahun ke atas layak mengikuti kursus ini. Mereka yang di bawah umur tersebut mestilah merujuk kepada Penyelaras Kursus jika ingin menyertai kursus ini.

Boleh membaca, menulis dan memahami Bahasa Malaysia dengan baik kerana kelas dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.

Sedia mengikuti silibus dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penyelaras HAF.

Bagi peringkat Asas, anda mestilah sekurang boleh mengenal huruf-huruf Bahasa Arab.

Bagi peringkat Tajwid, anda mestilah sekurang boleh membaca al-Quran dengan lancar tanpa sebarang kesilapan tajwid.

Perhatian : -

Penyertaan kursus adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh BAHAGIAN HAL EHWAL PENYELARAS KELAS BIMBINGAN AL-QURAN, Halaqah Al-Furqan. Pengambilan peserta baru adalah tidak terhad untuk semua peringkat, terutamanya pada Peringkat Asas, bagi peringkat-peringkat lain peserta yang berminat diharapkan dapat mengisi borang penilaian diri yang disediakan terlebih dahulu. Ujian akan diadakan pada akhir setiap penghujung program ini adalah untuk memastikan peserta yang layak ke peringkat seterusnya. Peserta yang gagal akan dikehendaki mengulang peringkat terdahulu. Peserta lama dikehendaki menulis nama guru kelas mereka.

Pembayaran sebanyak (RM 150 untuk Peringkat Asas Tilawah dan Tajwid - iqra’), (RM230 Peringkat Pertengahan Tilawah dan Tajwid) dan juga (RM230 Peringkat Tilawah & Tafsir) untuk semua kursus di atas mesti dibuat di mana-mana cawangan/Online MAYBANK2U atas nama: MUHAMAD FAZIL AHMAD (Penyelaras Program), Nombor akaun: 162405060848.

Sila tuliskan nama dan no. kad pengenalan dibelakang slip bank tersebut dan hantarkan penyertaan anda bersertakan sampul surat putih bersetem 30sen dan beralamat sendiri. (Anda akan dihubungi melalui email, pos atau telefon).

Permohonan yang tidak lengkap dan tanpa bukti pembayaran tidak akan dilayan dan wang tidak akan dikembalikan. Borang yang lengkap berserta yuran mestilah sampai sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan (PADA IKLAN SETIAP SESI PENGAMBILAN PESERTA) kepada: -

BAHAGIAN HAL EHWAL PENYELARAS
KELAS BIMBINGAN AL-QURAN
Halaqah Al-Furqan,
Blok B, Suite 3-2-3,
Megan Salak Park,
Taman Desa Petaling,
57100,
Kuala Lumpur Malaysia.
Tel: 019-3069601 (Ust. Dr. Muhamad Fazil Ahmad)